Aprilia Tuareg 660 lancar di Malaysia, harga pengenalan bermula RM75,900

727

Didi Group, pengedar tunggal motosikal Aprilia di Malaysia memperkenalkan Tuareg 660 serba baharu dengan jentera dua roda yang sesuai ditunggang ‘off-road’.

Aprilia Tuareg 660 direka untuk mengatasi senario ‘off-road’ yang paling sukar sambil menjanjikan tunggangan yang selesa dan mengujakan.

Ia sebuah jentera bersaiz pertengahan yang menawarkan konsep ‘sporty’ baharu, menepati jangkaan pengguna yang muda dan berpengalaman sekali gus menjadikan motosikal ini jentera ‘off-road’ yang sebenar.



Selain mewakili platform 660, Aprilia Tuareg 660 juga menandakan permulaan era baharu bagi Aprilia. 

Tampil sebagai jentera yang ringan dan berprestasi tinggi dengan rekaan menarik dan unik, Tuareg 660 juga dilengkapi dengan teknologi premium sekali gus meneruskan kesinambungan RS 660 dan Tuono 660. 

Untuk makluman, Tuareg juga adalah nama yang diperkenalkan Aprilia pada 1985 yang kemudiannya bertukar menjadi legenda. Namanya saja sudah cukup menjelaskan segala-galanya tentang motosikal ini. 

Dengan sejarah yang cukup terserlah, nama Tuareg menggambarkan beberapa ciri unik; pengalaman menunggang berkualiti, berprestasi tinggi dan menyeronokan. Tuareg 660 juga menawarkan keterujaan sama di jalan raya termasuk tunggangan jarak jauh.

Dibangunkan daripada platform mekanikal enjin silinder berkembar Aprilia 660, lakaran sulung direka bagi memastikan enjin itu boleh dimuatkan pada chasis yang pelbagai. 

Tuareg 660 direka, dibangunkan dan dihasilkan dengan kombinasi sebagai motosikal enduro satu-silinder dan motosikal ‘adventure’ kapasiti pertengahan. 

Ditawarkan dengan warna Indaco Tagelmust, Acid Gold dan Martian Red yang dijual pada harga pengenalan bermula RM75,900. 

Bagi memudahkan anda, ini spesifikasi untuk Tuareg 660:

  • Enjin: 659cc
  • Transmisi: 6 kelajuan
  • Kuasa maksimum: 80hp pada 9,250rpm
  • Tork maksimum: 70Nm pada 6,500rpm
  • Berat kering: 187kg
  • Tangki bahan api: 18 liter 
  • Tayar/rim hadapan: 90/90 – 21 inci
  • Tayar/rim belakang: 150/70 – 18 inci

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here