Perodua tayang teaser MPV baharu, adakah ia Perodua Alza?

1647

Selepas beberapa info yang viral di media sosial, akhirnya Perodua menyiarkan teaser satu kenderaan yang seolah-olah MPV baharu mereka iaitu Alza.

MPV baharu itu sebenarnya menjadi isu hangat di media sejak kebelakang ini, kerana ia memiliki reka bentuk yang menarik seperti kembarnya iaitu Daihatsu Xenia.

Untuk makluman, produksi Perodua Alza generasi sebelum ini sudah pun ditamatkan pada April lalu dan ia kini memberi laluan kepada model baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.



Dalam hantaran terbaru di laman Facebook rasmi Perodua, satu imej terbaru MPV ini ditunjuk yang tulisan “Inspired By Perodua Smart Build”, menunjukkan beberapa bahagian termasuk depan, sisi dan belakang dengan keadaan samar-samar. 

Perodua Alza tidak jauh berbeza dengan model Daihatsu Xenia dan Toyota Veloz. Cuma rekaan gril depan Alza seperti Perodua Ativa yang didatangkan dengan dua bahagian. Bentuk lampu depannya dan belakang mirip Xenia.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini Alza bakal didatangkan dengan tiga pilihan varian seperti mana model Perodua yang lain iaitu bermula dengan X, H dan AV.

Kemungkinan MPV tersebut menggunakan enjin daripada Avanza 1.5 liter NA Dual VVT-i empat-silinder dengan kuasa 106PS @ 6,000rpm dan tork 138Nm @ 4,200rpm.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here