HLYM tawar dua warna baharu MT-09 (2022), harga RM54k

908

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna baharu bagi naked bike Yamaha MT-09 ke pasaran tempatan.

Dua warna yang ditawarkan adalah:

  • Tech Black
  • Cyan Storm

Yamaha MT-09 akan berada di pusat jualan Yamaha bermula 16 Jun ini dan harga cadangan bagi naked bike tersebut adalah RM 54,998 seunit.



Motor tersebut dikuasakan enjin 889cc penyejukan cecair 3-silinder yang menjana kuasa 117hp @ 10,00rpm dan tork 93Nm @ 7,000rpm. Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan bersama  Klac Assist dan Slipper.

Enjin lebih besar itu menawarkan gabungan kecekapan pembakaran dalaman lebih baik bersama janaan tork tinggi dengan rpm rendah yang memberikan penjimatan minyak impresif berbanding sebelumnya.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here