30 tahun berlindung daripada sinaran UV, Audi Quattro Turbo (1982) ini untuk dilelong

1156

Audi Quattro Turbo (1982) ini disimpan sejak 1994, selepas 30 tahun model itu kembali mendapatkan sinar matahari walaupun luarannya tidak begitu dalam keadaan baik. 

Walaupun begitu, ia mungkin masih berbaloi mengambilkira harga model berkenaan yang dijual di pusat lelongan. 



Youtuber  The Late Brake Show menemui Audi Quattro Turbo berkenaan di dalam sebuah garaj Scotland. Berkarat dan tidak pernah bergerak selama tempoh tersebut, kereta itu memerlukan restorasi yang banyak untuk kembali semula ke jalan raya.

Namun, badan sedan itu masih boleh diselamatkan walaupun terdapat banyak kakisan dan kereta itu sudah mengembara sejauh 93,476km.

Walaupun usianya tua, Audi Quattro itu masih dilengkapi dengan rim aloi Fuchs standard dengan warna badan putih. Tetapi kit badan selepas pasaran yang digunakan model itu tidak diketahui asal usulnya.

Bagaimanapun, ia tidak seharusnya menjejaskan nilai model tersebut memandangkan memerlukan baik pulih major dan pemilik baru boleh menggantikan dengan kit asal. 

Sementara, bahagian dalam masih dalam keadaan baik walaupun terdapat beberapa tanda haus dan lusuh. Disebabkan terlindung dari sinar matahari selama beberapa dekad, bahagian pemuka dan tempat duduk berada dalam keadaan baik.

Pemilihan penggayaan kerusi dan bumbung zebra velor pada zaman itu merupakan tindakan berani daripada Audi. Cuma komponen radio sudah tiada dan enjin tidak dapat dihidupkan. 

Audi Quattro itu menggunakan enjin 2.2 liter turbo 5-silinder dengan transmisi 5-kelajuan manual dan ditawarkan melalui lelongan di Car and Classic.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here