Belum cukup sebulan lancar, jualan Myvi Indonesia capai 65 peratus daripada sasaran

822

Ketua Pemasaran dan Pegawai Perhubungan PT Astra International Daihatsu, Hendrayadi Lastiyoso memberitahu Daihatsu Sirion (Perodua Myvi) baharu yang dilancarkan pada 2 Jun lalu mencapai 65 peratus daripada sasaran jualan 100 unit bulanan.  

“Dari pelancaran 2 Jun sekarang 21 Jun, setidak-tidaknya ini sudah mencapai sekitar 65 peratus dari sasaran 100 unit per bulan,” katanya.



Hendrayadi mengatakan bahawa dari penjualan tersebut, varian yang paling banyak diminati oleh konsumer adalah varian tertinggi R.

“Kalau yang varian X itu sekitar 25 peratus, dan R sekitar 75 peratus. Ini sudah biasa apabila model dilancarkan varian tertinggi lebih banyak diminati,” katanya.

Daihatsu Sirion menggunakan enjin 1NR-VE 1,329cc dengan output 95PS @ 6,000rpm dan tork 121Nm @ 4,000rpm.  Bagaimanapun, Sirion kini dipasangkan dengan transmisi D-CVT yang sama dengan Daihatsu Rocky (Ativa). 

Pasaran Indonesia menerima dua pilihan varian iaitu Daihatsu Sirion 1.3 R CVT berharga  Rp 236.8 juta (RM71,890) dan  Daihatsu Sirion 1.3 X CVT pula dijual pada harga  Rp 227.6 juta (RM69,097).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here