Berkaki ayam tunggang motor, lihat apa polis ini lakukan….

863

Pihak berkuasa melancarkan Operasi Patuh (2022) secara serentak di pelbagai wilayah di Indonesia selama dua minggu.

Dalam operasi berkenaan pihak polis menyasarkan penunggang motosikal yang masih menggunakan selipar. 



Bagi penunggang motosikal yang menggunakan selipar ketika menunggang akan diberi amaran agar menggunakan kasut. Pihak polis tidak akan mengeluarkan saman pada mereka yang memakai selipar.

Bagaimanapun, dalam operasi berkenaan yang dikongsi akaun Instagram @kabarnegri,  seorang penunggang motosikal yang melalui Operasi Patuh itu ditahan kerana bukan menggunakan selipar tetapi berkaki ayam.

Melihat keadaan itu pihak berkuasa berinisiatif memberikan kasut kepada penunggang berkenaan agar sentiasa selamat ketika menunggang. 

 

“Alhamdulillah hari ini, kena razia (sekatan jalan) Operasi Patuh. Alhamdulillah dapat sepatu, tapi helm (helmet)  kagak dikasih,” katanya yang gembira diberikan kasut secara percuma. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here