Harga Perodua Alza (2022) bocor, bermula dari RM62k

1891

Surat pekeliling Perodua yang dihantar hujung minggu lalu menyatakan 23 Jun adalah hari pengumuman harga MPV dengan kod nama D27A tersebut.

Turut didedahkan MPV itu masih mengekalkan nama Alza kerana pengeluar nasional kedua itu menganggap nama tersebut sudah kukuh di pasaran tempatan.



Menurut Paultan, surat pekeliling tersebut turut mendedahkan harga dan varian MPV berkenaan bermula daripada varian teratas 1.5L AV CVT (BP5VZ) diikuti 1.5L H CVT (BP5HZ) dan varian terendah 1.5L X CVT (BP5XZ).

Harga cadangan model tersebut tidak termasuk insurans adalah:

  • 1.5L X CVT – RM62,000
  • 1.5L H CVT – RM68,000
  • 1.5L AV CVT – RM75,000

Difahamkan harga sebenar varian Alza akan didedahkan pada pelancaran rasmi kenderaan itu. Tempahan sebelum 1 Julai akan melayakkan pelanggan mendapat pengecualian SST dan jika kenderaan didaftarkan sebelum 31 Mac (2023), seperti diumumkan menteri baru-baru ini. 

Alza bakal menggunakan enjin 1.5 liter dengan transmisi CVT. Sementara, Indonesia masih menawarkan transmisi manual 5-kelajuan bersama pilihan CVT pada Xenia.
 

Kemungkinan MPV tersebut menggunakan enjin daripada Avanza 1.5 liter NA Dual VVT-i empat-silinder dengan kuasa 106PS @ 6,000rpm dan tork 138Nm @ 4,200rpm.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here