New Zealand dapat varian Honda Civic FE Mugen baharu

2045

Honda New Zealand mengumumkan varian Civic yang dilengkapi Mugen edisi khas.

Jentera itu hadir dengan Biru Kristal Premium yang dipenuh dengan kit badan Mugen.

Pada bahagian depan, ia dilengkapi dengan spoiler bawah dan kemasan gril, manakala bahagian tepi dipadankan skirt tepi, pelapik bahagian dalam pemegang pintu serta kepingan logam pada pintu masuk.



Belakangnya pula, ia dilengkapi spoiler bawah dan spoiler tailgate, selain ditampal dengan logo Mugen di hadapan serta belakang.

Harga kit itu termasuk mengecat dan upah memasang kira-kita NZD52,000 (RM14,1843). Ia dikatakan satu pakej Mugen yang paling berpatutan di seluruh dunia.

Opsyen lain ditawarkan juga membabitkan rim serta muncung ekzos tahan karat. Roda FS10 adalah reka bentuk serba baharu dengan permukaan muka bermesin dan sisipan hitam.

Rim itu dikatakan lebih ringan sehingga 4kg dan pada masa sama mampu meningkatkan dinamik pemanduan.

Bagi pasaran Malaysia, Honda Civic baharu hanya ditawarkan dengan varian RS sahaja. Buat masa ini, masih belum ada kenyataan rasmi sama ada kit Mugen akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Civic menggunakan enjin 1.5 liter VTEC turbo, outputnya meningkat sehingga 9PS menjadikan 182PS, manakala tork mencecah 240Nm iaitu peningkatan 20Nm berbanding model terdahulu.

Galeri

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here