Polis rampas Lamborghini Aventador lenjan 170kmj di zon 60

1169

Polis Kanada merampas Lamborghini Aventador yang memandu melebihi had laju tiga kali ganda daripada yang dibenarkan.

Kejadian itu berlaku awal bulan ini berhampiran Toronto yang mana polis wilayah York merekodkan kelajuan 170kmj di zon had laju 60kmj. 



Walaupun pihak polis tidak berkongsi informasi tambahan berkaitan insiden itu, pihak berkuasa mengesahkan merampas Aventador itu di lokasi kejadian dan ditahan selama 14 hari.

Selain itu, lesen pemandu juga digantung 30 hari dan didakwa atas kesalahan memandu secara lagak ngeri.

Di Ontario, pemanduan secara lagak ngeri merangkumi memecut, lumba haram dan pertandingan serta melibatkan diri dalam pemanduan berbahaya dengan kenderaan bermotor.

Hukuman adalah berbeza bergantung kepada tahap kesalahan namun pesalah yang melakukan pemanduan lagak ngeri berdepan denda antara CA$2,000 (RM6,820) hingga CA$10,000 (RM34,101) dengan enam mata demerit.

Polis York menyatakan kejadian Aventador memandu laju di jalan raya sering kali berlaku yang mana kesalahan tertinggi di wilayah tersebut.

Ramai pengguna Twitter kecewa kerana penalti tidak cukup keras yang mana mereka berasa lesen pemandu Lamborghini perlu digantung sekurang-kurangnya setahun dan dikenakan denda lebih tinggi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here