Bugatti La Voiture pertama kali muncul di jalanan awam…curi perhatian pengguna lain

912

Bugatti La Voiture Noire tidak lagi memegang gelaran hypercar paling mahal di dunia setelah kemunculan Rolls Royce Boat Tail. Namun, hypercar itu kekal sebagai sebahagian daripada karya agung sejarah automotif.

Model itu dikesan dipandu di Switzerland jalanan Zurich yang mana boleh dikatakan kemunculan awam pertama hypercar itu.



Dengan nilai yang tinggi, tentunya pemilik menjaga hypercar berasaskan Chiron itu seperti permaisuri. Pemilik dilihat membawa Bugatti La Voiture bersiar sehinggakan pejalan kaki menoleh untuk melihat model yang jarang sekali boleh dilihat di jalanan. 

Badan yang berlekuk, rim aloi besar dan lampu LED acah permata futuristik serta ngauman enjin W16 pada rev rendah meningkatkan aura spesifikasi hitam hypercar itu di jalanan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Antoine – Le Young Collector🇫🇷 (@leyoungcollector)

Bugatti La Voiture Noire diperkenalkan pada Pameran Motor Geneva (2019) dalam bentuk model konsep. Versi pengeluaran dihantar kepada pemilik pada Jun 2021 selepas menamatkan dua tahun ujian enduran.

Walaupun mempunyai kaitan rapat dengan Chiron, pengeluar Perancis itu memastikan La Voiture Noire setaraf dengan standard pengeluaran yang tinggi daripada segi kegunaan, aerodinamik, keselamatan, pengendalian dan prestasi.

La Voiture Noire dilengkapi dengan enjin Bugatti 8.0-liter quad-turbo W16 yang menghasilkan kuasa 1,479hp dan tork 1,600 Nm.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here