Yamaha X Force 155 – Lebih menarik daripada Yamaha NMAX!

1760

Selain Yamaha NMAX dan NVX, ada satu lagi skuter yang baharu dilancarkan Yamaha iaitu X Force 155 baru-baru ini untuk pasaran Jepun.

Skuter itu dibangunkan dari NMAX, tetapi ada sedikit perbezaan dengan reka bentuk dek hadapan yang rata. 



Tanpa tangki bahan api di tengah, menjadikan kawasan kaki lebih luas. Keadaan ini menjadikan X Force lebih selesa digunakan setiap hari terutama di kawasan bandar.

Pengguna boleh memilih untuk meletakkan barang di tempat kaki hadapan atau ruang di bawah pelana yang boleh memuatkan satu topi keledar muka penuh.

Bahagian hendal X Force lebih terdedah tanpa pelindung hadapan sekali gus tampak lebih garang.

Dari segi berat, ia ringan 2 kilogram (kg) berbanding NMAX yang mana ia seberat 130kg.

Ini spesifikasi Yamaha X Force 155

  • Enjin enjin 155 cc penyejuk cecair dengan VVA
  • Rim 13 inci depan dan belakang
  • Penyerap hentak hadapan teleskopik.
  • Dilengkapi kawalan cengkaman
  • Brek ABS hadapan dan belakang
  • Yamaha Motorcycle Connect yang boleh disambungkan pada telefon pintar

Namun buat masa ini, X Force 155 hanya ditawarkan di Jepun sahaja. Apa-apa pun, ia lebih menarik daripada NMAX, betul tak?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here