Hamilton hampir jadi juruterbang jet pejuang dalam Top Gun: Maverick

535

Pelumba Formula 1, Lewis Hamilton mendedahkan dia kecewa selepas terpaksa menolak tawaran aktor terkenal, Tom Cruise untuk muncul sebagai juruterbang jet pejuang dalam filem Top Gun: Maverick.

Juara dunia tujuh kali itu memberitahu majalah Vanity Fair, dia terpaksa menolak tawaran itu kerana terikat dengan komitmen perlumbaan F1.

Pemandu pasukan Mercedes berusia 37 tahun itu berkata, dia teruja untuk muncul dalam filem berkenaan kerana dia adalah peminat filem Top Gun yang ditayangkan pada 1986.



Hamilton dan Cruise adalah rakan baik.

“Saya adalah rakan Cruise dia antara orang paling baik saya pernah jumpa.

“Beberapa tahun lalu Cruise pernah mempelawa saya ke set penggambaran filem Edge of Tomorrow. Sejak itu kami membina persahabatan,” ujarnya.

“Apabila saya mendapat tahu satu lagi filem Top Gun dalam pembikinan, saya berkata, Oh Tuhan saya mesti bertanya pada Cruise. Saya tidak kisah walaupun ditawarkan watak tukang sapu.

Hamilton akhirnya ditawarkan watak sebagai salah seorang juruterbang jet pejuang dalam filem itu tetapi dia terpaksa menolak kerana terikat dengan persediaan perlumbaan.

“Itu adalah pilihan paling menyedihkan yang terpaksa saya buat,”katanya.

Namun, Hamilton dilaporkan bakal berkerjasama dengan aktor terkenal, Brad Pitt untuk satu filem mengenai F1 di mana dia menjadi penerbit pprojek berkenaan.

Filem itu bakal diarahkan oleh pengarah filem Top Gun: Maverick iaitu Joseph Kosinski.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here