Mahkamah putuskan mangsa kemalangan kini dapat pampasan automatik dari syarikat insurans

1598

Mangsa kemalangan jalan raya kini tidak perlu lagi menuntut pampasan daripada syarikat insurans selepas Mahkamah Persekutuan semalam membuat penghakiman bahawa mangsa perlu diberi pampasan secara automatik.

Penghakiman itu dianggap satu keputusan besar kerana mangsa kemalangan jalan raya sebelum ini terpaksa mengheret pihak insurans ke mahkamah untuk menuntut pampasan.

Menurut laporan Berita Harian, panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Abdul Rahman Sebli berkata, tujuan dan objektif Akta Pengangkutan Jalan 1987, adalah untuk melindungi pihak ketiga yang tidak bersalah terhadap risiko yang timbul daripada penggunaan kenderaan.



Dalam penghakiman setebal 150 muka, beliau berpendapat kepentingan yang bercanggah perlu diselesaikan dengan memihak kepada mangsa kemalangan pihak ketiga yang tidak bersalah.

Katanya, akta itu perlu mengimbangi pihak yang bercanggah.

“Yang pertama adalah untuk melindungi pihak ketiga yang tidak bersalah daripada sebarang risiko, manakala di sebelah pihak lagi, undang-undang perlu melindungi syarikat insurans daripada menjadi mangsa kepada tuntutan tipu,” katanya.

Abdul Rahman berkata, mahkamah dalam menangani tuntutan ganti rugi oleh mangsa kemalangan pihak ketiga tidak boleh menutup sebelah mata terhadap fakta bahawa syarikat insurans sudah menerima bayaran untuk mengeluarkan polisi insurans risiko pihak ketiga kepada pihak yang diinsuranskan.

“Selepas menerima bayaran itu, syarikat insurans tidak boleh berpaling ke arah lain dan meninggalkan janjinya untuk menanggung rugi pihak yang diinsuranskan apabila indemniti perlu dibayar dengan membangkitkan alasan teknikal iaitu pihak yang diinsuranskan tidak mempunyai kepentingan boleh insurans dalam kenderaan bermotor pada masa kemalangan, melainkan jika polisi insurans sudah tamat tempoh atau ditamatkan secara sah,” katanya

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan membabitkan lapan pengguna kenderaan, yang mana tujuh daripada pemohon cedera dalam kemalangan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here