Hanya dua Yamaha RX-Z kena rembat bukannya 230 unit

1022

Polis Terengganu menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya 230 kecurian melibatkan motosikal milik peserta program Yamaha RX-Z Members 4.0 pada hujung minggu lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya hanya menerima dua laporan kehilangan motosikal Yamaha RX-Z pada kelmarin.

Motosikal RXZ yang hilang

“Hanya dua motosikal Yamaha RX-Z yang dilaporkan hilang. Kedua-duanya dicuri di sebuah inap desa di daerah ini pada Ahad lalu,” katanya. 



Dalam pada itu, Rohaimi memberitahu kontijen Terengganu juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kompaun trafik terhadap mana-mana penunggang motosikal Yamaha RX-Z sepanjang penganjuran program berkenaan.

Sebelum ini, tular dakwaan kononnya 230 buah motosikal Yamaha milik peserta program dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan dicuri.

Selain itu, gambar kononnya ramai peserta program Yamaha RXZ Members 4.0 ditahan polis dalam sekatan jalan raya yang sengaja diadakan di Terengganu juga tular di media sosial.

Semalam akhbar tempatan melaporkan dua peserta program berkenaan berputih mata selepas motosikal Yamaha RXZ mereka yang diletakkan di kawasan inap desa disewa di Pak Tijah, Kuala Nerus Terengganu dicuri. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here