Renault Zoe baharu – Miliki kenderaan elektrik pertama anda bermula RM163K

669

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia mengumumkan Renault Zoe baharu bakal dijual untuk pasaran tempatan.

Dua varian ditawarkan ke pasaran Malaysia iaitu R110 and R135 dengan konfigurasi motor yang berbeza. Rangkaian kuasa yang sudah dinaik taraf itu menjanjikan pengalaman pemanduan yang lancar dan responsif. 

Zoe R110 dijual pada harga RM163,000 yang menawarkan kuasa maksimum 80kW dan tork 225Nm. 



Sementara itu, Zoe baharu R135 yang lebih berkuasa menawarkan kuasa 100kW dan tork maksimum 245Nm. Harganya masih belum ditetapkan, tetapi dijangka sekitar RM175,000. 

Zoe R110 dan R135 dikuasakan oleh bateri 52 kWh Z.E. 50 baharu daripada Renault yang mampu menawarkan jarak sehingga 395km berdasarkan kepada standard WLTP.

Peningkatan 25 peratus berbanding bateri generasi sebelumnya

Ada peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding bateri generasi sebelumnya, tanpa penambahan dari segi dimensi.

Mereka yang mahu melihat Zoe baharu secara lebih dekat boleh mengunjungi bilik pameran utama Renault di Jalan Kemajuan Seksyen 13, Petaling Jaya.

Renault Zoe generasi terbaharu itu menawarkan keseronokan pemanduan elektrik 100% ke satu dimensi baru. 

Dengan peningkatan kuasa dan jarak, pelbagai tambah baik dari segi kejuruteraan dan teknologikal bersama gayaan Perancis yang tersendiri, Zoe baharu nyata lebih menarik. 

Sejak pengeluaran massa dilancarkan pada tahun 2012, Renault Zoe terus memenangi hati pemandu dengan hampir 380,000 unit telah terjual sehingga penghujung Mei 2022.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here