Proton bakal lancar Exora (2022) Jumaat ini, bakal guna OCH baharu?

6289

Proton memberi kejutan buat pengguna MPV apabila mengeluarkan teaser yang menandakan kemunculan Exora pada 19 Ogos ini (Jumaat).

Pengumuman itu dikongsi di laman Facebook rasmi mereka menerusi kapsyen kemunculan Proton Exora turbo yang bakal menjadikan perjalanan harian semakin lancar dan bergerak bebas bersama imej sekumpulan kuda yang sedang berlari. 



Pelanggan yang berminat juga boleh mendaftarkan diri pada pautan yang dikongsi pada hantaran tersebut. Bagaimanapun tidak banyak informasi yang dikongsi pada teaser itu yang mana kita perlu menunggu sehingga Jumaat ini.

Namun, Mei lalu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata Exora baharu hanya akan mengalami perubahan kecil tidak seperti pembaharuan yang dilakukan pada Saga 2022.

Roslan berkata, pasukannya sedang mengkaji rangkaian kuasa yang bakal digunakan dan masih berbincang (ketika itu) mengenai rekabentuk semula MPV tersebut. 

Buat masa ini, Proton memiliki dua enjin sama ada 1.8 liter turbo yang digunakan pada model X70 atau 1.5 liter turbo untuk X50.

Selain itu, Roslan juga memberi petunjuk bahawa pihaknya mengambilberat tentang isu hos penyejuk minyak (OCH) pada enjin 1.6 liter turbo CFE dan Proton sedang menghasilkan komponen baharu lebih tahan lama.

Adakah ini bermakna Exora bakal lancar akan mendapat OCH baharu atau menggunakan enjin 1.5 liter turbo seperti mana yang dibentangkan Proton sebelum ini bahawa model baharu Proton bakal menggunakan enjin 1.5 liter. Kita nantikan pelancaran MPV tersebut Jumaat ini.

Untuk makluman, Exora sudah 13 tahun berada di pasaran dan kali terakhir menerima naiktaraf pada 2019 menerusi model Exora RC yang didatangkan dengan transmisi CVT lebih responsif, naiktaraf upholsteri dalaman, paparan instrumen lebih moden serta sistem infotainmen dengan fungsi arahan suara “Hi, Proton”. 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here