Pemandu van polis turut disaman dalam kes tular kemalangan Ford Ranger

1428

Pemandu van polis yang terlibat kemalangan dengan Ford Ranger di KM16, Jalan Jerantut-Temerloh yang tular di Twitter turut disaman atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner, Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, tindakan tersebut diambil selepas siasatan dilakukan mengenai kejadian itu yang berlaku pada 20 Jun lalu iaitu kira-kira jam 3 petang.



Menerusi kenyataan akhbar yang dikongsi di akaun Facebook Polis Temerloh, pihak berkuasa mengenalpasti kemalangan yang berlaku melibatkan van polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Lipis dan sebuah kenderan orang awam.

“Dalam kejadian itu, pemandu dan penumpang dalam kedua-dua kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya. Hasil siasatan telah dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Cawangan Temerloh untuk mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya.

Arahan lanjut dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk mengeluarkan saman kepada pemandu kenderaan orang awam tersebut atas kesalahan menghalang lalulintas di bawah kaedah 12(4) LN 166/59 iaitu kenderaan tidak boleh berhenti dan memotong di garisan putih berkembar bagi apa-apa tujuan.

Justeru itu, pada 25 Ogos Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Temerloh mengeluarkan saman kepada pemandu kenderaan awam itu mengikut arahan Timbalan Pendakwa Raya.

Mohad Azhar berkata pihaknya juga akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai penyiasat jika terdapat unsur-unsur kecuaian dalam siasatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here