Proton catat jualan bulanan tertinggi dalam sembilan tahun, terakhir pada Julai 2013

828

Pengeluar kereta nasional PROTON meneruskan peningkatan jualannya pada Ogos dengan penyerahan 15,880 unit sekali gus mencatatkan tertinggi sejak dalam tempoh sembilan tahun.

Ini bermakna, ia melepas jualan bulanan terbaiknya sejak Julai 2013, jurang selama 109 bulan, dan tetap menuju ke arah pertumbuhan volum jualan untuk tahun keempat berturut-turut.

Dalam 8 bulan pertama tahun ini, PROTON sudah mencatatkan 87,481 unit berbanding dengan 62,637 unit pada tahun 2021, iaitu peningkatan sebanyak 39.7%.



Dalam carta jualan automotif nasional, PROTON mengekalkan kedudukan kedua dan mencapai anggaran pegangan pasaran sebanyak 23.7 peratus untuk Ogos, manakala pegangan pasaran tahunan (YTD) meningkat kepada 19.5%.

Jualan tertinggi dalam 3 segmen 

Walaupun jenama kereta lain melancarkan model baharu yang bersaing secara langsung dalam segmen SUV, kedudukan PROTON di tangga teratas masih kukuh. 

Proton X50 mencapai penyerahan melepasi ambang 4,000 unit bagi ketiga berturut-turut dengan 4,329 unit diserahkan pada bulan Ogos. 

Ini adalah kali pertama SUV mencapai kejayaan sebegitu di Malaysia dan mencatatkan rekod industri dengan jualan 4,763 unit di bulan Julai.

Proton X70 menyokong prestasi adiknya dengan 1,555 unit, mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju jualan untuk SUV segmen C dan melonjakkan jumlah jualan SUV pada bulan Ogos bagi PROTON kepada 5,884 unit. Proton Saga juga mendapat manfaat daripada bekalan komponen yang bertambah baik, membolehkan 6,156 unit diserahkan pada bulan lalu. 

Pencapaian itu meletakkannya sebagai model ketiga paling popular di Malaysia bagi bulan Ogos dan seterusnya mendorong pendaftaran untuk model baharu 2022 kepada 14,154 unit selepas ia dilancarkan pada 12 Mei tahun ini. 

Bekalan komponen kami kini lebih konsisten 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Roslan Abdullah berkata, operasi pengeluaran PROTON sudah stabil dengan empat bulan lagi sebelum tahun 2022 berakhir. 

“Bekalan komponen kami kini lebih konsisten dan terurus demi memastikan kami dapat menghasilkan sebanyak mungkin kereta. 

“Dengan itu, kami telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan bilangan trak penghantaran lebih 100% menjelang akhir tahun.

Langkah ini adalah untuk memastikan pengedar menerima stok secepat mungkin dan seterusnya, ini akan memberi manfaat kepada pelanggan yang sabar menunggu kenderaan mereka,” katanya.

Sementara itu, bulan lalu jumlah jualan eksport PROTON mengatasi volumnya berbanding tahun lepas. Dengan 938 unit dieksport pada bulan Ogos, syarikat telah mencapai jumlah bulanan yang tertinggi semenjak Mac 2013, jurang sebanyak 113 bulan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here