Pemilik Audi nombor plat Malaysia bantu rakyat Singapura isi RON 95

1010

Menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan sebenarnya tidak salah namun perlulah melihat kepada situasi. 

Misalnya satu kes ini yang berlaku di stesen minyak Petron Gelang Patah, Johor. Dikongsi akaun Youtube SG Road Vigilante YouTube, di awal klip video menunjukkan sebuah kereta Toyota dengan nombor pendaftaran Singapura mengisi minyak RON 95.



Seperti mana kita ketahui, adalah satu kesalahan buat stesen minyak menjual RON 95 kepada kenderaan asing.

Bahkan sebelum ini kejadian sama tular dan mendapat perhatian kerajaan apabila rakyat jiran berpusu-pusu mengisi bahan bakar subsidi sebaik sempadan Singapura dan Malaysia dibuka.  

Namun lain pula kisahnya menerusi video yang dikongsi yang mana pemilik MPV Singapura itu menukar nozel pam minyak RON 97 kepada RON 95 dengan pam minyak bersebelahan yang digunakan sebuah Audi nombor plat Malaysia.

Selepas menyedari aksi mereka dirakam, pemilik MPV tersebut segera menukar nozel pam minyak dengan pemilik Audi berkenaan lalu mengisi RON 97.

Mungkin pemandu Audi itu mahu membantu pemandu MPV itu menjimatkan wang dengan menukar nozel bahan api. Ia sememangnya satu cara yang licik menggunakan RON 95 ke kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah tindakan pemandu Audi itu salah atau sebaliknya. 

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan kenyataan larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran negara asing sudah dilaksanakan sejak 1 Ogos 2010.

Sehubungan itu, KPDNHEP Johor akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik stesen minyak yang gagal memantau penyalahgunaan RON95 mengikut undang-undang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here