Padah guna lampu strob, lelaki pandu Vellfire ditahan

882
Sebuah Toyota Vellfire ditahan pihak berkuasa kerana menggunakan lampu strob berhampiran Kawasan Industri Batu Caves.
 

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia sentiasa memantau penggunaan lampu strob pada kenderaan persendirian yang kerap kali menjadi rungutan pengguna jalan raya.

“Tindakan tersebut yang suka mengambil kesempatan dan berlagak seperti pegawai penguatkuasa.

“Kenderaan tersebut didapati telah menggunakan lampu mata arah biru di bahagian cermin depan papan pemuka,” katanya menerusi kenyataan.



Pemandu tersebut disiasat di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
 
Menurut Kaedah 9, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 hanya kenderaan dalam tugas kecemasan seperti kenderaan Polis, Bomba, Ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak laluan dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua nada.
 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here