Brek gagal berfungsi, lori pasir rempuh tiga kenderaan di Lebuhraya Persekutuan

1239

Tiga buah kereta rosak teruk dalam satu kemalangan susulan sebuah lori pasir hilang kawalan di Lebuhraya Persekutuan. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata kemalangan melibatkan sebuah lori dan tiga buah kereta itu berlaku pada jam kira-kira 1.30 petang.



“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang dipandu seorang lelaki mengalami masalah brek gagal menyebabkan lori hilang kawalan,” katanya. 

Kejadian itu menyebabkan kenderaan berat berkenaan melanggar tiga buah kereta yang berada di lorong kiri. 

“Semua mangsa yang terlibat berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here