Pekerja rosakkan kereta pelanggan, Tesla ganti baharu

1426

Seorang pekerja pusat servis Tesla terlibat dalam kemalangan ketika menguji kenderaan Tesla Model S Plaid milik pelanggan yang siap diselenggara.

Pemilik meninggalkan kenderaannya di Tesla pada 24 Ogos dan menerima berita buruk berkenaan pada 30 Ogos.



Pekerja Tesla memaklumkan kepadanya bahawa Tesla Model S miliknya mengalami rosak teruk (total lost).

Menurut laporan, pekerja berusia 31 tahun itu menguji model Tesla berkenaan selepas penyelenggaraan bagi memastikan kenderaan beroperasi dengan baik.

Malangnya, ketika berada di simpang empat di Plano, Texas pekerja Tesla gagal menghentikan kenderaan di papan tanda berhenti lalu dilanggar sebuah Audi A5. 

Menerusi imej yang dikongsi, bahagian sisi kanan kereta elektrik itu remuk teruk terutamanya bahagian pintu penumpang belakang. Selain itu, cermin belakang turut pecah dan kesemua beg udara Tesla meletup.

Berdasarkan siasatan, polis mendakwa kesalahan berada di pihak Model S Plaid berkenaan. Bagaimanapun, tidak lama selepas kemalangan, pemilik kereta itu dilaporkan ditawarkan dengan Model S Plaid yang baharu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here