Pemuda ini tolak tiga tawaran universiti, pilih jadi pemandu bas

939

Pada usia 23 tahun, Matthew Tay menentang arus berbanding rakan seusianya di Singapura.

Menolak tawaran daripada tiga universiti tempatan, Tay membuat keputusan untuk meneruskan minatnya dan menjadi pemandu bas di syarikat bas swasta A&S Transit.

@99colours

from brown to white, anyone wanna engage us? #fyp #sgbus #singapore #tiktoksg

♬ original sound – darcy stokes



Dia mendokumentasikan perjalanan sebagai pemandu bas di akaun TikToknya @idrivebus. Selain berkongsi laluan bas yang dipandu, dia juga menjalankan penyelenggaraan kenderaan dan membersihkan bahagian dalam bas.

Bahkan dalam satu videonya Tay bergurau pekerjaannya mempunyai kelebihan yang mana tiada bos di sekitarnya dan dia bersiar-siar sambil bekerja.

MULA JADI PEMANDU BAS PADA 2021

@99colours

just drive ❌ other tasks too ✅ #fyp #singapore

♬ original sound – idrivebus – idrivebus

Perjalanan sebagai pemandu bas bermula pada 2021, ketika dia mengikuti kursus lesen memandu Kelas 4 semasa perkhidmatan kebangsaannya. 

Sebenarnya Tay bersedia untuk melanjutkan pengajian di universiti bahkan menerima tawaran pengajian Pentadbiran Perniagaan di Universiti Nasional Singapura pada 2020.

Dia juga menerima tawaran di Universiti Pengurusan Singapura dan Universiti Teknologi Nanyang.

“Pada masa itu dari 2017 hingga 2021, minat saya terhadap bas semakin pudar kerana semua model yang ada semakin biasa dan tiada apa yang menarik lagi,” katanya.

Bagaimanapun, Tay kembali teruja apabila seorang rakan membuka peluang kepadanya menjadi pemandu bas. Sebaik mendapat lesen, dia berlatih memandu bas pada hujung minggu ketika cuti daripada perkhidmatan negara.

Tay menyedari bahawa dia ingin lakukan sesuatu yang begitu dekat dengan jiwanya semakin lama memandu bas. 

Apabila Tay nekad dia meyakinkan kedua ibu bapanya walaupun awalnya mereka bimbang pekerjaan itu tidak dapat menampung keperluan anak lelaki mereka.

Namun, Tay enggan mendedahkan pendapatan yang diperoleh sebagai pemandu bas. Melihat Tay semakin seronok dengan kerjaya barunya, dia mula mendapat sokongan daripada keluarga.

Jika Tay tidak meningkatkan diri dalam industri pengangkutan, mereka mengingatkannya untuk kembali belajar. 

“Saya tidak mahu berakhir dengan pekerjaan biasa 9 hingga 5 dan melakukan sesuatu yang saya tidak suka, kerana saya akan melakukannya hanya untuk wang dan akhirnya saya akan takut untuk bekerja setiap hari.

“Saya mahu berseronok dengan kerja saya supaya ia tidak begitu meletihkan,” katanya.

MINAT PADA USIA 7 TAHUN

Rasa ingin tahu Tay tentang bas bermula sejak kecil pada usia 7 tahun. Ketika itu, dia akan melakar bas yang ditemuinya serta menyertai kumpulan yang berkongsi minat sama.

“Keghairahan kami semakin berkembang sejak itu. Dulu kami hanya mengambil gambar bas, tetapi kini kami memandu bas bersama-sama,” jelasnya. 

Daripada lima kawan rapatnya, tiga daripadanya kini menjadi kapten bas. Matlamatnya adalah untuk bekerja melalui industri pengangkutan, bermula dengan pasukan operasi di sebuah syarikat pengangkutan awam.

“Saya sedang melakukan ini sementara saya meneruskan pencarian saya untuk peluang lain dalam industri,” kata Tay.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here