Kemalangan pertama di SUKE, gara-gara henti di lorong kecemasan lihat pemandangan

1514

Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) baru empat hari dibuka kepada pengguna. 

Namun, nampaknya rakyat Malaysia masih belum mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku di laluan Jalan Temiang-Pantai.



Baru sahaja dibuka, Lebuhraya SUKE merekodkan kemalangan pertama gara-gara sebuah Myvi berhenti di lorong kecemasan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata kejadian yang berlaku semalam pada jam 2.45 petang itu melibatkan sebuah motosikal dan Perodua Myvi.

“Perodua Myvi yang berhenti di lorong kecemasan dari arah tol Bukit Teratai menghala ke Kuala Lumpur itu bertujuan ingin melihat pemandangan sekitar dari atas lebuhraya.

“Kemudian penunggang motosikal Suzuki melanggar bahagian belakang Myvi tersebut dan menyebabkan kerosakan pada kedua-dua kenderaan yang terlibat,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Penunggang berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dibawa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.

Kes akan disiasat di bawah Kaedah 16LN 166/59 iaitu halangan sehingga menyebabkan kemalangan. Individu yang cuai boleh didenda sehingga RM300.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here