Sifu trading flexing BMW i8, sekali pengguna Twitter kantoikan ‘kereta sewa’

110992

Budaya flexing di media sosial berkembang menjadi tren masa kini dalam kalangan anak muda bahkan usahawan yang baru berjinak dalam dunia perniagaan.

Salah satu golongan yang tidak terlepas daripada mempamerkan kemewahan di media sosial adalah ‘sifu trading’. Ini salah satu teknik pemasaran mereka bagi memancing pelanggan. 



Sebelum ini tular di media sosial apabila ‘sifu trading’ anai-anai mempamerkan kenderaan mewah dan jet peribadi bagi mempromosikan perniagaan mereka.

Baru-baru ini, pemuda berusia 25 tahun yang turut melibatkan diri dalam perniagaan jual beli saham berkongsi kehidupan mewah di media sosial TikTok.

@champions.fxc

Tak semua orang yang senang lahir senang…fforyoumalaysia #netizen

♬ black out days – solartunne

Pemilik akaun TikTok @champions.fxc itu berkongsi beberapa video perjalanan kariernya sebagai ‘sifu trading’ selain mempamerkan kehidupan mewah hasil keuntungan daripada trading. 

Video yang mendapat 1 juta tontonan dengan kapsyen ‘tak semua orang yang senang lahir senang’ itu mencuri perhatian netizen.

Seorang pengguna Twitter @lady_bugg11 memuatnaik ciapan yang mengatakan BMW i8 yang digunakan ‘sifu trading’ itu dipercayai kenderaan sewa selepas dia membuat semakkan di CTOS. 

Bagaimanapun ciapan yang dimuatnaik pada 15 September lalu itu sudah dipadam sejak petang tadi. 

Untuk makluman, kereta sport BMW i8 Coupe dilancarkan di pasaran tempatan pada 2018 pada harga sekitar RM1.13 juta.

Kereta sport 2+2 itu didatangkan dengan jana kuasa motor elektrik yang ditingkatkan menjadi 105kW dan capaian elektrik bateri menjangkau hingga 55km.

Enjin 3 silinder pengecas turbo dengan Valvetronic itu  mampu menjana kuasa 231hp dan tork 320Nm. Jentera ini mampu memecut dari 0-100kmj dalam tempoh 4.4 saat.

Berdasarkan survei yang kami jalankan, kos sewa kereta sport berkenaan dianggarkan sekitar RM2,800 bagi tempoh 12 jam. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here