Pukul orang awam dengan besi, polis hanya pertahankan diri

1217

Anggota polis trafik yang tular dalam satu rakaman video memaparkan pihaknya sedang ‘bergaduh’ dengan seorang orang awam di Kompleks Sultan Abu Bakar, Iskandar Pueri baru-baru ini hanya mempertahankan diri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, orang awam yang merupakan seorang pemandu lori treler terbabit bertindak agresif terlebih dahulu.



“Semalam, polis mengesan satu video berdurasi 50 saat di laman sosial TikTok memaparkan seorang lelaki tempatan dipukul oleh anggota polis trafik di KSAB.

“Semakan mendapati anggota polis trafik berkenaan telah membuat satu laporan polis memberitahu ketika kejadian, dia sedang bertugas melakukan pemantauan lalulintas di kompleks berkenaan,” katanya.

Kemudian, anggota itu mendapati sebuah lori treler berada di lorong kanan yang dikhaskan untuk kenderaan ringan sahaja, pemandu lori treler itu enggan memberi kerjasama semasa pemeriksaan dilakukan.

“Selain mengeluarkan kata-kata kesat, pemandu tersebut juga bertindak menumbuk muka anggota sebanyak dua kali selain menendang motosikal anggota.

“Akibat tindakan itu berlaku pergelutan yang mana anggota berkenaan cuba mempertahankan dirinya,” katanya.

Menurut beliau, pemandu lori treler ditahan dan akan dikenakan perintah reman bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam video berkenaan, seorang lelaki mendakwa dia dipukul seorang anggota polis dengan menggunakan sebatang besi

@abechikkelantan

beginila nasib pemandu lori rakyak malaysia #pdrm #silaambiltindakan

♬ bunyi asal – Abe Chik Kelantan – Abe Chik Kelantan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here