Maut dihempap kereta ketika curi ekzos

1352

Seorang lelaki warga tempatan maut dipercayai akibat terhempap sebuah kereta ketika sedang mencuri ekzos di tepi jalan Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garangm, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata pihak polis menerima maklumat dari pembantu perubatan Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang yang merawat suspek lingkungan umur 40 tahun, terbaring dan dipercayai meninggal dunia di tepi sebuah kenderaan.



“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika suspek dan rakannya dipercayai cuba mencuri tabung ekzos kereta. Ini kerana pengangkat kereta yang digunakan tiba-tiba terjatuh dan menghempap mangsa.

“Kes disiasat di bawah kematian mengejut,” katanya. 

Bertindak atas maklumat lebih kurang jam 10.45 pagi, pihak polis berjaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki warga tempatan di sekitar kawasan Teluk Panglima Garang.

Suspek yang berumur dalam lingkungan 32 tahun mempunyai tujuh rekod jenayah melibatkan kes curi ekzos, pecah rumah dan dua rekod dadah. 

Kes disiasat di bawah seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri yang boleh membawa hukuman penjara separuh daripada tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here