Kemalangan maut pertama Lebuhraya Dash, mangsa terbabas langgar pembahagi jalan

943

Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) merekodkan kemalangan pertama selepas seminggu dibuka kepada orang awam.

Kejadian yang berlaku pada jam 12.05 tengah malam tadi melibatkan seorang penunggang maut selepas motosikalnya terbabas. 



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima satu laporan polis kemalangan melibatkan sebuah motosikal SYM VF3i 185.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di KM15.7 Penchala hala ke Denai Alam di lebuhraya Dash.

“Mangsa berusia 24 tahun yang merupakan warga tempatan dipercayai terbabas lalu melanggar pembahagi jalan dan terjatuh,” katanya. 

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Pihak polis meminta individu yang berada di lokasi kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih (017-7378704) bagi membantu siasatan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here