[Video] JPJ Pulau Pinang ‘belanja’ bunyi ekzos motosikal sita

1388
Unit operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang baru-baru ini melaksanakan penguatkuasaan khas Ops Motosikal di plaza tol Jambatan Pulau Pinang.
 
Sepanjang operasi sebanyak 451 buah motosikal diperiksa dan 73 buah daripadanya dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan misalnya tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, nombor pendaftaran fancy, tiada cermin sisi dan ubahsuai motosikal tanpa kebenaran.
 
Susulan itu, pihak berkuasa turut berkongsi sebuah video salah satu motosikal yang disita dan menyenaraikan kesalahan yang dilakukan.
  • Ubahsuai suspensi fork jenis CNC
  • Penggunaan tayar lebih kecil bersaiz 70/90
  • Ubahsuai swingarm
  • Sistem brek ditanggalkan 
  • Modifikasi kotak enjin
  • Tambahan meter tekanan bersambung ke tangki minyak
  • Ubahsuai ekzos

Menariknya pihak JPJ turut belanja bunyi ekzos hasil modifikasi yang dilakukan pada Yamaha Y15ZR yang disita.

Menurut JPJ, atas kesalahan yang dilakukan motor berkenaan disita di bawah Seksyen 64 (1) Akta APJ 1987 bagi mengenalpasti identiti kenderaan dan menghentikan daripada kesalahan berterusan pada kenderaan tersebut.



Tonton video DI SINI.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here