LRT rosak, pemuda ini berjalan 26km pulang rumah

1615

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami masalah sistem pemanduan automatik berhampiran stesen LRT KLCC.

Gangguan teknikal antara stesen LRT KLCC dan Kelana Jaya itu sekaligus menyebabkan orang ramai terkandas di stesen masing-masing, semalam.



Seorang pengguna TikTok @adameji7 berkongsi video perjalanan pulang ke rumah semalam apabila perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan tergendala tanpa notis awal. 

“Memandangkan LRT rosak, dari Universiti Malaya now I berada di LRT Kerinchi, so I nak buat challenge berjalan daripada LRT Kerinchi ke KL Sentral,” katanya di permulaan video.

Dia memulakan perjalanan dari Universiti Malaya menuju ke KL Sentral dan kemudian memutuskan menggunakan perkhidmatan monorail menuju ke LRT Dang Wangi.

Selepas itu Adam berjalan kaki meredah hujan dan tiba di KLCC dalam keadaan basah kuyup dan lebih kesal stesen LRT KLCC turut tidak beroperasi. 

Kemudian dia menuju ke stesen Ampang Park lalu memilih menaiki bas RapidKL dan turun di Hospital Gleneagles, Ampang. 

Dia kemudian meneruskan perjalanan berjalan kaki menuju ke stesen LRT Jelatek yang tidak terkesan dengan masalah operasi dan pulang ke rumah. Bagaimanapun, jelasnya situasi berkenaan tidak sesuai dilakukan setiap hari.

“Tapi dalam kes semalam macam dalam video ni, kalau hari-hari, boleh pengsan,” katanya.

Adam perlu berjalan sejauh 26km untuk pulang ke rumah dan perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Majoriti bersetuju ruangan pejalan kaki yang disediakan sekitar Kuala Lumpur tidak mesra pengguna selain merbahaya.

@adameji7

LRT rosak but at least i have a healthy body! 🤩 #fyp #fypdongggggggg #lrtrosak #rapidkl #adameji7 #malaysiatiktok #africanmalaysian #kualalumpur #kelanajayaline

♬ original sound – Adam Eji – Adam Eji

“Kalau memang ada proper jalan untuk pejalan kaki memang aku jalan kaki je tapi tu laa.”

“Kuala Lumpur, and many other city kat Malaysia tak sesuai untuk pejalan kaki, memang OUT!!!.”

“Kerinchi ke UM (kk7 ye) – no hal, da biasa.. Kerinchi ke KL Sentral, kau memang luar biasa dek.. hati2 dek, laluan pejalan kaki tak berapa selamat.”

“Tu kalau jalan raya. Jalan kaki tak boleh lalu tepi jalan besar nanti nak lintas jalan susah so kena re-route ikut safe route.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here