Ragut telefon bimbit dalam kereta

541

Polis menahan seorang lelaki yang meragut telefon bimbit penumpang kenderaan yang berhenti di lampu isyarat di Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur pada 5 November lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata pihaknya mengesan satu video menunjukkan kejadian ragut berdurasi tujuh saat dimuat naik di TikTok kira-kira jam 10 pagi tadi.



“Semakan dilakukan mendapati kejadian itu berlaku di Jalan Genting Klang, Setapak dan kami menerima satu laporan daripada mangsa pada 5 November lalu.

“Cermin tingkap terbuka semasa dia berada di tempat duduk penumpang depan ketika kenderaan itu berhenti di lampu isyarat.

“Suspek dari arah belakang menaiki sebuah motosikal meragut telefon bimbit mangsa lalu melarikan diri,” katanya. 

Ashari berkata, bertindak atas maklumat risikan, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 32 tahun dalam kes berkenaan jam 11.30 malam tadi.

Polis merampas barang kes iaitu sebuah telefon bimbit dan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 14 November nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

@alamwakaka

KASI SHARE BAGI ADIK BAWAK MOTO NI FEMES. Kalau boleh tag dia sekali. Tipu ah kalau dia takde tiktok. #fyp #xfoloxlayan #alamalisyachannel #xyzbca #fypシ

♬ original sound – Alam Wakaka – Alam Wakaka

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here