Maut rempuh lembu tidur atas jalan

719

Seorang lelaki maut selepas merempuh lembu di Jalan Felda Aring 6, Gua Musang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Mohammad Shahrul Hakimi Haslimi, 22, yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR, maut di tempat kejadian kerana parah di kepala.



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata mangsa dalam perjalanan dari Felda Aring 6 dipercayai untuk ke tempat kerja di Felda Aring 4.

Ketika tiba di lokasi kejadian, ada seekor lembu di tengah jalan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak dan terlanggar haiwan berkenaan.

“Akibat perlanggaran, mangsa terjatuh di atas jalan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Felda Aring 1, namun mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here