Tular pengantin beri mas kahwin Toyota Raize dan Vespa

998

Tular sebuah video apabila pengantin lelaki membawa mas kahwin dua buah kenderaan mencuri perhatian netizen negara jiran.

Pengantin lelaki dari Jawa Tengah berkenaan memberikan sebuah Toyota Raize dan Vespa Primavera.

@falshintamakeup

Ndiaaakkk mampu deekkk #fypage #xyzbca #foryoupage #pati #lamaran #seserahan

♬ Top Topan Happy Asmara – Langit Musik Indonesia



Dalam video yang tular itu boleh dilihat pengantin berarak kemudian terlihat SUV putih  dan Vespa merah diletakkan di bahu jalan lengkap dengan pita.

Pernikahan dengan mahar kereta dan motor tersebut tular dari akaun TikTok @falshintamakeup yang tertulis:

“Pati kers luuurrr
Ora Toyota ora cinta
Ora Vespa ora mesra. 

Fitrilia Arum Laras Shinta, sebagai pemilik Falshinta Makeup berkata pasangan pengantin itu bernikah pada 10 November lalu di perkampungan Sukoharjo, Wedarijaksa, daerah Pati, Jawa Tengah.

Wanita yang bertugas sebagai tatarias itu berkongsi mahar tersebut merupakan tradisi masyarakat di Pati, Jawa Tengah.

“Video tersebut tentang maharnya kenderaan mahal. Kebiasaan orang Pati memberikan mahar kenderaan,” kata Falshinta.

Di Indonesia harga jualan Toyota Raize dianggarkan sekitar RM69,000 manakala Vespa Primavera pula berharga sekitar RM15,000.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here