Terlebih seorang penumpang, Thai VietJet batal penerbangan ke Phuket

684

Syarikat penerbangan kos rendah Thai VietJet Air membatalkan penerbangan dari Phuket ke Bangkok beberapa minit sebelum berlepas malam tadi.

Insiden itu berpunca daripada kegagalan kakitangan mendapatkan tempat duduk bagi seorang penumpang.



Penerbangan VZ2305 ke Bangkok dijadualkan berlepas dari Phuket pada jam 8.25 malam dengan membawa lebih daripada 300 penumpang itu dikatakan sudah bersedia untuk berlepas di landasan.

Bagaimanapun, sebelum pesawat berlepas, kru kabin menyedari mereka tidak dapat mencari tempat duduk untuk seorang penumpang warga asing.

Justeru itu, juruterbang terpaksa menghubungi menara kawalan bagi membatalkan pelepasan dan berpusing semula.

Penumpang diarahkan turun dari pesawat dan terpaksa menunggu. Bahkan tiga jam kemudian penyelesaian masih belum ditemui.

Landasan ditutup dan Thai VietJet membatalkan penerbangan, memaksa penumpang tinggal di Phuket untuk satu malam tambahan. Syarikat penerbangan itu menjadualkan semula penerbangan pada 10.37 pagi hari ini.

Penumpang tidak berpuas hati dengan pengurusan yang tidak cekap daripada pihak syarikat dalam membantu mencari hotel sehinggakan mereka perlu menghulurkan bantuan kepada kru. 

Dua minggu lalu, Thai VietJet menjual tiket lebih daripada kapasiti bagi penerbangan Bangkok ke Udon Thani, menyebabkan sebuah keluarga terlepas majlis perkahwinan. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here