Modifikasi Toyota jadi Ferrari F340, pemuda ini bakal dipenjara

1246

Seorang lelaki berusia 26 tahun baru-baru ini didakwa atas tuduhan pemalsuan dan pelanggaran tanda dagangan selepas didapati Ferrari F430 merah miliknya sebenarnya Toyota MR Coupe.

Agensi penguatkuasaan undang-undang, Guardia membuat rampasan luar biasa itu semasa melakukan pemeriksaan rutin di bandar Asti, Itali.

Walaupun Ferrari merah itu menampilkan semua elemen ikonik F430, daripada logo kuda pada bonet dan stereng, rim, brek kaliper sehinggalah kepada lampu ikonik.



Tidak dapat dipastikan sama ada pemandu itu memiliki dokumen yang diperlukan untuk membuktikan keretanya adalah Ferrari F430 asli.

Namun, pegawai polis memanggil pasukan pakar untuk mendapatkan kepastian. Mereka mengesahkan bahawa kereta itu sebenarnya adalah Toyota MR Coupé yang diubahsuai.

Walaupun ini pastinya bukan kali pertama seseorang menukar kenderaan murah mereka kepada supercar eksklusif, tetapi kes ini sedikit berbeza.

Menurut pakar yang mengesahkan pemalsuan itu, kereta tersebut juga menampilkan alat ganti dan aksesori Ferrari asli, menjadikannya lebih sukar untuk menyedari bahawa ia sebenarnya adalah Toyota.

Media berita Itali melaporkan bahawa kereta itu telah disita dan pemiliknya dilaporkan kepada Pejabat Pendakwa Raya Asti kerana menggunakan cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran.

VIDEO

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here