56 tren LRT Kelana Jaya akan beroperasi 2023

501

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya yang kerap tergendala sejak kebelakangan ini dijangka akan kembali pulih sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, perkhidmatan laluan berkenaan paling sibuk dan sesak di Lembah Klang terutama pada waktu puncak.



Menurutnya, masalah itu dipercayai dapat diatasi dengan komitmen Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad mempercepatkan penambahan tren yang ketika ini sedang diselenggara dan pembelian tambahan 19 set tren.

“Secara keseluruhannya, ada 56 set (tren) dan setakat ini yang beroperasi hanya 38 unit  kerana selebihnya dalam proses penyelenggaraan.

“Ketika ini setiap tren beroperasi lima minit dan untuk mencapai tahap (operasi bagi menampung penumpang dan atasi masalah kesesakan) tiga minit untuk setiap satu tren, maka ia memerlukan 48 tren yang beroperasi.

“Saya sudah berbincang dan meminta Prasarana supaya cuba mempercepatkan dan kita akan tambah set tren secara beransur-ansur. Jangkaan kita lebih 50 set (tren) akan beroperasi suku ketiga menjelang 2023.

“Prasarana (juga) membeli 19 set tren dengan set pertamanya dijangka beroperasi menjelang Ogos 2023. Ini penting untuk memastikan perkhidmatan kita lebih cepat,” katanya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here