Pemilik Louis Vuitton rampas kedudukan Elon Musk senarai orang terkaya Forbes

970

Elon Musk kini bukan lagi menduduki tangga teratas dalam Senarai Billionaires Forbes selepas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Perancis yang memiliki Louis Vuitton, Bernard Arnault merampas tempat berkenaan.

Forbes menganggarkan Arnault mempunyai nilai kekayaan bernilai USD185.8 bilion pada petang Rabu lalu, manakala Musk pada USD185.7 bilion.

Kekayaan Musk jatuh lebih daripada USD100 bilion tahun ini berikutan kejatuhan mendadak dalam saham Tesla, yang menyumbang sebahagian besar kekayaannya.



Tesla turun hampir 4 peratus pada hari Rabu lalu. Saham syarikat itu jatuh hampir 57 peratus sejak awal tahun ini.

Musk yang mengambil alih media sosial, Twitter bernilai USD44 bilion juga memainkan peranan kerana dia menjual sebahagian daripada pegangannya di Tesla untuk membantu membiayainya. Tumpuannya terhadap syarikat media sosial itu menyebabkan beberapa pelabur mempersoalkan prospek Tesla.

Sementara itu, Indeks Billionaires Bloomberg, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu masih lagi sebagai orang terkaya di dunia dengan nilai bersih $179 bilion. Itu menjadikan dia kira-kira $14 bilion lebih kaya daripada ketua LVMH, yang bernilai $165 bilion, menurut Bloomberg.

Arnault ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi LVMH, konglomerat di Paris yang menjadi kumpulan barangan mewah terbesar di dunia. Ia memiliki kira-kira 70 jenama fesyen dan kosmetik termasuk Sephora, Tiffany & Co, Givenchy, Christian Dior, Dom Perignon dan Moët Hennessy.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here