[Video] Insiden A14 Jerman: Pemandu hilang kepala, Porsche masih bergerak

6611

Kejadian ini sebenarnya berlaku bulan lalu namun kecelakaan berkenaan menjadi ‘trending’ di Twitter semalam. 

Kecelakaan tersebut berlaku di lebuhraya A14 antara Halle dan Leipzig di tengah Jerman. Kemalangan itu terjadi di persimpangan Halle-Peissen yang mana Porsche 911 Carrera Cabriolet hilang kawalan lalu terbabas.

Kereta itu dikatakan cuba memotong dua buah trak kemudian melanggar penghadang jalan, melantun dan berpusing sepanjang jalan. Pada masa sama, sebuah kenderaan yang melalui laluan berkenaan melanggar kereta tersebut.



Gambaran yang lebih terperinci masih tidak diketahui namun akibat hentaman yang kuat membuatkan bumbung kain dan rangka kenderaan remuk bahkan lebih ngeri pemandu maut ditempat kejadian akibat kehilangan kepala. 

Sementara versi lain, seorang pengguna di Reddit berkata Porsche itu merempuh belakang sebuah trak menyebabkan kepala pemandu putus. 

Berdasarkan dua video yang dimuatnaik oleh pemandu lori Poland menunjukkan kereta sport putih itu bergerak perlahan sepanjang lebuh raya dengan pemandu tanpa kepala.

Pemandu trak dan sebuah van cuba untuk menghentikan kereta sport tersebut. Sebaliknya, video kedua yang disekat Twitter beberapa kali menunjukkan badan yang sudah terbaring dalam kenderaan. 

Perakam juga dikatakan berasa loya melihat darah pada bahagian leher yang mengalir bersama asap kerana cuaca yang beralih ke musim sejuk. 
 

Jika membuat pencarian di internet ada satu kejadian kemalangan tragis pada 17 November 2022 di laluan tersebut.

Pada video itu anda boleh melihat Porsche berkenaan terus melaju walaupun pemandunya sudah tidak bernyawa dan tiada kepala pada kejadian jam 12.45 pagi. 

Bukan itu saja, ketika Porsche berkenaan melintas juga membuatkan pemandu trak tersebut terkejut ditambah dengan keadaan jalan yang gelap.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here