Harga Porsche 911 Carrera Junior ini boleh miliki Perodua Alza varian X

636

Porsche Carrera Junior merupakan versi kereta kanak-kanak yang sukar ditemui dan hanya dikeluarkan sebanyak 224 unit seluruh dunia. Model itu dilelong pada harga GBP12,000 (RM63,439).

Tidak seperti versi sebenar, model Porsche itu dijana enjin Honda G100 4-lejang berkuasa 2.2hp yang mampu memecut hingga 30kmj. Kemudian ia dipadankan dengan kotak gear manual dengan dua kelajuan depan dan tiga pedal bersama pacuan rantai ke gandar belakang.



Badan luaran replika itu didatangkan dengan penutup rim gaya fuchs, spoiler acah ekor ikan paus serta badan kereta dibuat daripada material gentian kaca dan dicat warna Guards Red.

Bahagian kabin, diletakkan kerusi plastik tahan lasak dengan pelapik kaki getah. Panjang badan 190cm dipadankan dengan suspensi koil spring.

Roda dipasang dengan tayar pneumatik, stereng, gear shifter dan kawalan lain berfungsi dengan baik. 

Porsche 911 Carrera Junior ini adalah mainan tahun 1980-an yang rare dan produk berlesen.

GALERI

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here