Anthony Loke menyamar, kali ini tinjau servis KTM dan TBS

895
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turun padang sekali lagi bagi meninjau perkhidmatan pengangkutan awam dan kali ini beliau menyamar sebagai penumpang menggunakan KTM Komuter.
 
“Petang ini (16 Disember), saya meninjau perkhidmatan KTM Komuter dan keadaan di Terminal Bersepadu Selatan. Saya mengambil tren Komuter dari KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan bersama dua pembantu saya.
 
“Saya menerima banyak maklum balas dari media sosial berkenaan perkhidmatan Komuter dan masalah mencetak Pas Masuk Bas di TBS,” tulisnya.
 
Bahkan, dalam hantaran Facebook berkenaan Anthony Loke memberitahu akan menemui pihak pengurusan KTMB dalam masa terdekat bagi membincangkan penambahbaikan dan kekerapan perkhidmatan Komuter.
 
“Saya faham bahawa KTMB menghadapi pelbagai kekangan operasi yang disebabkan oleh projek menaiktaraf landasan KVDT1 yang masih belum siap dan KVDT2 yang tergendala.
 
“Saya juga akan berjumpa dengan pihak pengurusan TBS untuk membincangkan kesiapsiagaan untuk menguruskan jumlah penumpang yang ramai pada hujung minggu dan musim perayaan,” katanya.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here