Padah modifikasi motor, polis arah buka ekzos depan balai….

600
Akaun Facebook Friends of Trafik Ampang berkongsi imej beberapa pemilik motor yang disita sedang membuka semula komponen modifikasi yang dilakukan pada kenderaan mereka.
 

Kejadian di lot parkir Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya itu menunjukkan beberapa individu yang dipercayai polis turut memantau pemilik motor ketika mengembalikan spesifikasi asal motor mereka.

Menerusi hantaran itu, pihak berkuasa menyatakan sebanyak 19 buah kenderaan disita pada Ahad lalu dalam Op Samseng Jalanan.



“Membuat pengubahsuaian yang melampau pada struktur kenderaan anda boleh menyebabkan kenderaan anda disita dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6 (4) akta yang sama,” tulisnya.
 
Polis juga boleh menahan kenderaan tersebut sehingga pemilik mengambil langkah-langkah kesalahan tidak berulang.
 
Pengguna kenderaan dinasihatkan supaya tidak melakukan pengubahsuaian pada struktur kenderaan masing-masing sehingga mengubah bentuk asal kenderaan tersebut.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here