Syahmi Syazli mahu jual Ford Mustang bersama pakej nombor plat VDJ 70

1158
Youtuber popular, Syahmi Syazli menerusi akaun Facebooknya berkongsi ingin menjual Ford Mustang model keluaran 2017.
 
Jelasnya kereta sport berkenaan sudah digunakan selama dua tahun dan ingin dijual pada harga buka RM210,000 bersama nombor plat VDJ 70.
 
“Mi nak jual Mustang ni.. Mustang 2017 Ecoboost 2.3. Mi pakai nak dekat dua tahun doh, ambik hok recon unregistered,” tulisnya.
 
Tambahnya harga tersebut tidak termasuk caj tukar nama dan insurans kenderaan. Menerusi carian jejak digital, kereta sport berkenaan dibeli oleh Syahmi sekitar tahun 2020.
 
Harga pasaran semasa Ford Mustang recon yang tidak didaftarkan sekitar RM228,000 bagi model 2017.
 
Kereta sport berkenaan dijana oleh enjin 2.3 liter EcoBoost dengan kuasa 312hp @ 5,500rpm dan tork 432Nm @ 3,000rpm. 
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here