Pelakon pandu Myvi zig-zag di MRR2, kekasih tercampak

890

Seorang pelakon diberkas selepas disyaki memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga kekasihnya tercampak keluar dari kenderaan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) susur Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (Duke), Ampang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu berjaya dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan dan tular di media sosial.



“Kemalangan dipercayau berlaku apabila Perodua Myvi yang dipandu suspek dengan tiba-tiba menukar lorong secara zigzag dan hilang kawalan.

“Lalu ia terlanggar bahagian sisi Toyota Innova sehingga menyebabkan penumpang depan Perodua Myvi tercampak keluar dan mengalami cedera ringan,” katanya pada satu kenyataan semalam.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan dan berlaku pertengkaran di antara suspek dan mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan dihukum penjaran tidak kurang lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM1,500 serta hilang kelayakan lesen memand tidak kurang lima tahun.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here