Kekasih beri RR Dawn hadiah Krismas buat Cristiano Ronaldo

800

Cristiano Ronaldo mungkin mengalami tahun yang sukar secara profesional, tetapi sempena Krismas baru-baru ini pemain bola sepak itu menerima Rolls-Royce Dawn daripada teman wanitanya. 

Sempena sambutan ulang tahun ke-37 tahun Cristiano Ronaldo yang lalu, dia menerima Cadillac Escalade ESV dan kali ini dengan kenderaan lebih mewah.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Georgina Rodríguez (@georginagio)



Model convertible tersebut didatangkan dengan dua rona warna badan perak dan putih. Menerusi video yang dikongsi teman wanitanya, mereka masuk ke dalam kabin lalu membuka dan menutup bumbung kereta.

Dawn merupakan satu-satunya model convertible Rolls Royce sekaligus menjadikannya eksklusif. Ia dilengkapi dengan enjin 6.6 liter V12 yang menghasilkan kusa 563hp dan tork 820Nm bersama transmisi automatik 8-kelajuan.

Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 4.9 saat dengan kelajuan maksimum 249kmj.

Model mewah itu berharga USD359,250 (RM1.6 juta) dan itu bukan isu untuk seseorang seperti Georgina Rodriguez, yang mempunyai nilai kekayaan bersih USD10 juta (RM44 juta) sebagai model dan pempengaruh media sosial.

Selain itu, Georgina juga pernah menghadiahkan Mercedes AMG G 63 Brabus sempena ulang tahun ke-35 Cristiano.

Bintang bola sepak terkenal itu memiliki salah satu koleksi kereta termahal di dunia bola sepak bernilai sekitar USD20 juta (RM88.6 juta).

Antara barisan koleksi yang dimiliki Cristiano adalah Lamborghini Urus, Lamborghini Aventador, Rolls-Royce Cullinan, Rolls-Royce Phantom Drophead, McLaren MP4-12C, Ferrari 599 GTO, Mercedes-Benz SLS AMG, sebuah Bentley Flying Spur, dan Aston Martin DBX.

Selain itu, bintang bola sepak itu juga menyimpan Bugatti Chiron, Veyron Sport Vitesse, dan juga dikhabarkan membeli Centodieci. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here