Anthony Loke: Isu kualiti pelekat cukai jalan, perubahan besar akan dijalankan tahun ini

354
Isu tentang pelekat cukai jalan yang tidak berkualiti sudah lama dibangkitkan oleh pengguna kenderaan.
 
Kerajaan dan Menteri Pengangkutan silih berganti, namun kualiti pelekat cukai jalan masih tidak berubah.
 
 
Antara keluhan yang sering diluahkan pengguna, pelekat yang mudah koyak sebelum ditampal selain berkeriput serta dakwat yang cepat pudar. 
 
Semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menemui pihak pengurusan tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mendapat taklimat berkenaan perancangan JPJ untuk 2023.
 
Beliau juga mengutarakan isu berkaitan kualiti pelekat cukai jalan dalam taklimat tersebut.
 
“Saya tahu ramai orang mengadu berkenaan sticker cukai jalan yang kurang berkualiti. Perkara itu memang dalam perhatian kami dan satu perubahan besar bakal dilaksanakan dalam tahun ini,” katanya.
 
Selain itu, beliau juga berkongsi pihak JPJ akan melakukan pelaksanaan digitalisasi dalam perkhidmatan mereka seperti pelesenan kenderaan dan pemandu selain memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya.
 
Jelasnya, keutamaan adalah mempermudahkan urusan rakyat dan tidak ingin pengguna beratur panjang di pejabat JPJ. 
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here