Mereka tempah Perodua Axia tahun lalu, adakah mereka dapat model lama? Ini jawapan bos Perodua

1136

Kepada pelanggan yang sudah menempah Perodua Axia lama, Perodua mengalakkan mereka untuk memilih generasi baharu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya sudah menjangka ada beberapa ribu tempahan Perodua Axia sebelum ini, mereka tidak akan dapat model lama.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad

Menurutnya, Perodua Axia model lama sudah ditamatkan produksinya pada penghujung bulan lalu (Disember 2022), dan model baharu mula dipasangkan pada awal Januari 2023.



Katanya, apabila pelanggan tukar kepada model baharu, pihaknya akan pastikan kelebihan yang mereka dapat bagi model lama itu akan menerima yang sama bagi model baharu.

“Walaupun cukai jualannya berbeza, sebagai contoh untuk Axia lama RM1,500, manakala RM2,000 untuk baru. Kita akan beri subsidi RM2,000 itu.

“Ini kerana, jika mereka sanggup tukar kepada Axia baharu, dia adalah pelanggan yang setia kepada jenama Perodua. Ini yang kita harapkan,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here