Wanita luah rasa kecewa cermin kereta pecah terkena lato-lato

538

Baru-baru ini, tular sebuah video TikTok luahan seorang wanita kecewa apabila cermin kereta miliknya pecah terkena permainan viral lato-lato.

Video tersebut mendapat perhatian ramai apabila mencecah 739.K tontonan, 47.5K tanda suka dan 1,379 komen di TikTok.

Dalam paparan skrin itu, wanita tersebut pada awalnya hanya melihat dua kesan hentakan pada bahagian kiri cermin hadapan sebelum menjumpai permainan itu di bawah keretanya.



Dipercayai, cermin keretanya pecah selepas terkena permainan yang dimain seorang kanak-kanak. 

Wanita itu juga turut memuat naik, kapsyen pada video berkenaan supaya permainan itu diharamkan agar tidak menimbulkan masalah lain.

Sementara itu, tinjauan pada ruangan komen rata-rata meluahkan keluhan terhadap permainan itu.

Manakala, menerusi lontaran di komen, seorang wanita, Gabby turut hampir mengalami nasib yang sama, apabila ada seorang kanak-kanak bermain lato-lato di hadapan keretanya. 

Tonton video di SINI. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here