Bajet 2023: RM2.7 bilion selenggara dan naik taraf jalan

365

Kerajaan memperuntukkan RM2.7 bilion untuk menyelenggara dan menaik taraf jalan persekutuan dalam menangani isu kemalangan jalan raya yang kian meningkat.

Sebanyak RM1.5 bilion turut disediakan bagi menaik taraf dan membina jalan perhubungan desa serta luar bandar baharu.



Bagi menangani isu jalan berlubang, khidmat Jurutera Daerah akan digunakan untuk menyegerakan penurapan kerosakan jalan persekutuan serta pembaikan lain.

Selain itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta disediakan untuk segera memasang lampu jalan khususnya di kawasan kemalangan tinggi.

Malah, kerajaan akan meningkatkan pemberian MARRIS yang bertujuan menyelenggara jalan negeri.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here