Peniaga air buah maut terkena tayar treler terpelanting

872

Seorang peniaga maut, manakala rakannya patah tangan selepas terkena tayar treler yang terpelanting ke arah mereka di KM43 Kampung Merang berhampiran Shell Merang, Setiu petang semalam. 

Muhamad Airiel Rizman Mohamad Nazeri, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian dada dalam kejadian kira-kira jam 5.05 petang itu.



Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata seorang lagi mangsa, Nik Muhammad Afiq Rizani Mohd Zainani, 22, mengalami patah tangan kanan, luka di bahagian muka dan dikejarkan ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian treler itu dalam perjalanan dari arah Merang ke Kampung Telaga Papan, Setiu. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here