Lesen motosikal percuma buat belia Terengganu

490

Kerajaan negeri Terengganu meneruskan program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) secara percuma kepada golongan belia negeri buat kali ketiga bermula bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, LMTS siri ketiga tersebut menyasarkan 15,000 belia berusia 18 hingga 40 di seluruh negeri terbabit.



“Kita telah menyediakan peruntukan RM4.56 juta bagi pelaksanaan program berkenaan yang dijangka akan berlarutan hingga akhir tahun.

“Belia Terengganu berdaftar yang layak akan dibiayai kos mendapatkan lesen menunggang motosikal iaitu B2 bernilai RM310 seorang termasuk insurans,” katanya.

Wan Sukairi berkata, kos yang dibiayai kerajaan negeri Terengganu tersebut merangkumi bayaran pendaftaran, ujian berkomputer, latihan sehingga ujian praktikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata, belia Terengganu yang berpendapatan maksimum RM1,500 sebulan boleh memohon program LMTS menerusi portal ibantuan.

“Pendaftaran bagi program itu dibuka dari 6 Mac sehingga 20 Mac ini,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here